Thursday, October 29, 2015

Throwback Thursday

Hi korang.

Lunch hour hari ni tuan tanah pegi Aeon Bukit Raja nak cari decorations untuk Deepavali & Xmas untuk office.

Tengah tengah officemate cari parking, ternampak satu pasang suami isteri. Agak berusia juga bersama seorang pekerja Aeon. Nampak si isteri agak struggle untuk membantu si suami bangun dari kerusi roda untuk masuk ke dalam kereta. Secara automatik tuan tanah terus keluar dan nak meng offer kan diri untuk membantu. 

Dialog lebih kurang macam ni

Me: Hi Uncle, Aunty. Do you need help? Are you trying to get in the car? I can help you.

Uncle:  No, no. Its okay. I can do by myself. Thank you.

Aunty:  See, every pretty girl wants to help you. Thats why you dont want my help right? (si isteri cakap pada si suami sambil cuba memapah dari tepi)

Tuan tanah faham sangat situasi ni. Sebenarnya si isteri tu mungkin dah boleh hilang sabar sebab si suami tanak cuba membantu diri sendiri. Berapa kuat sangatlah kudrat si isteri nak papah sendiri. 

Uncle: Of course I need to look handsome in front of them. Do I look handsome? (si suami tanya kat tuan tanah sambil rapi rapikan rambut)

Me: Of course you look handsome uncle. But if you let me to help you, you look even more handsome.

Uncle : Its okay. I can get up slowly (terus dia bangun perlahan lahan sambil berpaut pada tepi bonet kereta)

Tuan tanah tak berganjak dari situ sampai uncle tu masuk kereta bahagian co-driver. Sumpah teringat arwah abah sendiri. 

Sebelum berlalu pergi aunty tu sempat usap usap pipi sambil cakap thank you dear, god bless you. Hati ni rasa nak teriak dah. Mahu tuan tanah peluk cium sambil ayaq mata kuar macam baru menang peraduan teka kacang. 

Happy gila gila tengok suami isteri tu. For better or for worse. Diorang tetap together. Hanya diorang je tahu susah senang diorang berdua. Mana nak cari sang suami yang begini? Dan akan sesabar beginikah tuan tanah kalau menjadi isteri nanti?

Nah gambar throwback. Aidilfitri 2013. Raya terakhir dengan Dato.


I love you daddy! You will forever be missed & never be forgotten. 



Friday, October 23, 2015

This is Klate. Day 2

Assalamualaikum. Annyeong! 

Apa khabar korang? Lama sangat tertangguh entry Kelantan. Salahkan Bibie kdrama sebab tuan tanah focus gila sampai rasa takde mood langsung untuk habiskan entry jalan jalan cari makan kitorang. Plus tuan tanah baru beli coloring book macam Song Ji Hyo warna dalam Running Man episode 268 tu. Katanya boleh membantu mengurangkan stress. Lepas dah warna 2-3 kali memang diakui minda terasa rehat sekejap. Pasang je mp3 sambil mewarna, memang rasa relax.

Ok jom sambung baca dari This is Klate. Day 1.2 

Hari kedua kitorang dimulakan dengan pencarian Kedai Kopi White Coffee. Terletak di Jalan Sultanah Zainab dan tak sangka ada kedai ala ala kopitiam kat situ. Kalau korang tau tempat parking bas area Istana Jahar tu, korang sure boleh nampak kedai ni.


Kedainya kecik je. Tempat duduk pun terhad. Macam first come first serve basis. Bila dah dapat tempat duduk, nak order pun masalah jugak. Maklumla peak hour. Pekerja semua muka poker face je. Agaknya dah biasa tengok ramai ramai ni.


Menu pilihan pagi tu adalah roti kahwin dan kopi o ais. Kopi dia boleh tahan kaw. Too bad nasi dagang dia yang dikatakan famous tu dah habis. So kawan tuan tanah makan telur separuh masak & nasi berlauk.

Dari sarapan pagi kami cargas ke Warung Pak Mat Pulau Pisang di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh. Kalau korang nak pergi sini, cari jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan ye. Masa kami datang ni kebetulan macam ada pesta kat tepi sungai kelantan area kedai ni. So memang ramai orang walaupun baru jam 11am. 

Menu famous diorang of course sup ikan & teh ais madu. Korang kena beratur dan pilih size ikan yang korang nak untuk diorang masak. Too bad masa kami sampai tinggal kepala ikan sahaja. Tapi alang alang dah sampai kan? Harusla mencuba.


Tadaaaa!! Pehhhh memang terbaik sup nya. Sup tu sebenarnya kalau tengok betul betul ada lemak & isi daging lembu sikit. Tambah dengan bawang goreng dan cili padi, memang betul betul terangkat. Mula mula risau jugak kalau tak boleh makan maklumla tuan tanah tak makan daging lembu. Tapi memang takde langsung bau bau daging tu. Memang mabeles. 


Dan inilah teh madu itu. Kalau tanya tuan tanah, teh nya rasa normal teh ais macam kat Penang. Tapi buih tu rasa manis. Mungkinkah madunya dibuih saja?


Satu sup kepala ikan siakap, satu pinggan nasi & 3 gelas teh madu untuk RM103. Tolongla jangan kecam tuan tanah. Mesti benda pertama kita fikir mahalnya kan? Tapi apa salahnya kalau kita ada rezeki lebih dan mencuba. Betul tak? Terus rasa tak best bila kena kecam di FB. Niat nak share info sekali adalah orang tanya guna ikan duyung ke? Atau cakap kat rumah dia sup lagi sedap lah. Tah pape tah. Cuba masak tengok bagi kitorang makan. #emo

Oleh kerana dah panas terik & berpeluh sakan, kitorang decide nak pegi cari kedai aircond pulak. Kami patah balik ke pekan Kota Bharu dan jalan jalan dalam KB Mall sebelum balik ke hotel untuk menjadi ular sawa. Hohoho

Till then. Xoxo